Protekter adalah satu bahagian pada peralatan elektronik untuk mengelakkan dari satu akibat atau bahaya.Kadang kala bahagian protek ini amat memeningkan kepala.Kemajuan teknologi dalam bidang
elektronik menyebabkan perbagai penemuan baru ditemui.Kalau barangan elektronik pada masa dulu begitu senang untuk dibaiki.Bayangkan kalau tv rosak bahagian vertikal mungkin kerana ic atau transistornya shock tapi tv masih mampu beroperasi cuma tiada gambar yang kelihatan hanya garisan horizontal,tapi kini ada setengah tv yang mungkin tak akan beroperasi sepenuhnya,hanya beroperasi pada bahagian power regulator sahaja sedangkan horizontal tak mahu osc disebabkan kerana protek.
Kekerapan menemui tv yang mengalami masalah protek begitu memeningkan.Sebuah tv China yang berjenama C-Tech yang regulatornya hanya melepasi sekitar 30 volt sahaja berserta bunyi bingit.Langkah yang pertama aku memeriksa diode dan kondenser dibahagian secondary tapi tak ada kebocoran atau shock,aku lepaskan C transistor horizontal dan suplly ke FBT tapi hasilnya sama.Aku pasang tv selama beberapa minit tiba-tiba ada bau hangit kepanasan dan hasilnya diode suplly ke RGB yang panas,aku lepaskan dan periksa teryata masih ok...bingung aku sejenak.Dalam keadaan yang kalut tiba-tiba aku tertekan suis power ...praaak! bunyinya,berterabur semuanya.Transistor C3807,perintang 4.7ohm 6watt,transistor regulator C5299 hancur semuanya.Rupanya penyebab asalnya ialah condenser mylar 471 1kv(series dengan diode supply RGB) aku ganti,untuk pengetahuan korang condenser tersebut boleh dibuang terus tak jadi apa-apa masalah pun.
Setelah diganti semuanya aku cuba on tv tapi tak ada regulator yang keluar dan didalam kondenser 450uf,400 volt tersimpan charge dan penyebabya adalah perintang pada E transistor regulator putus (turun ke ground,tak semua tv ada ada yang jumper terus ke ground).Aku ganti dan cuba lagi tapi satu lagi masalah baru yang timbul,regulator pula tak cukup dan penyebabnya ialah perintang 1k yang putus.Setelah masalah demi masalah akhirnya berjaya juga,syukur Alhamdulillah.